Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri..
di kesempatan ini, saya ingin meminjam sedikit masa rakan2 saya untuk mengucapkan saLam aidiLfitri buat kaLian yg mengenali saya. Memohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa, tutur kata,perbuatan dan pelbagai, d buLan yang indah ini. Semoga Allah mengurniakan kita ketenangan dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup yang silih berganti, detik demi detik dalam mencari keredhaanNya. Semoga Allah mengekalkan iman yang kita miliki dan meningkatkannya hari demi hari. Semoga Allah menyempurnakan akhlak kita dan memperelokkan rupa paras kita dan menjadikan kita sesedap mata memandang bagi seluruh makhluk ciptaanNya.
Syawal berkunjung tiba, seperti biasa syawal akan dipenuhi dengan budaya ziarah-menziarahi dan sedekah-mensedekahi, cuma dikesempatan yang ada, inginku berpesan pada diri dan teman-teman supaya menjaga adab-adab ziarah, ambillah masa seketika, belajar sejenak tentang adab-adab ziarah. Supaya ziarah yang kita lakukan mendatangkan pahala kepada kita dan kepada orang yang menerima penziarahan kita.
Pelihara mata ketika ziarah usah melilau mata memandang harta benda tuan rumah kecuali dengan keizinan dan redha tuan rumah, pelihara suara ketika berbicara ketika menziarah, pilih masa yang paling sesuai ketika ziarah, dan pastikan tempoh ziarah tidak terlalu lama supaya tuan rumah memiliki masa untuk berehat ataupun memiliki peluang turut sama meraikan aidilfitri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangnya bersama keluarga ataupun kawan-kawan mereka.
Jika mampu, bersedekahlah kepada mereka yang lebih afdhal, usah bersedekah kerana memilih bulu, atau keturunan, atau latarbelakang semata-mata kerana ingin menjaga standard atau menjaga nama. Seafdhal-afdhalnya sedekahlah kepada orang miskin yang benar-benar memerlukan pensedekahan. Berkongsilah sinar aidilfitri dengan mereka yang benar-benar memerlukan terutamanya anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang-orang kurang upaya dan tidak lupa terhadap warga tua.
Semoga ramadhan yang telah dipenghujung, semoga syawal yang bakal menjelma, memberi pengertian yang bermakna dalam kehidupan kita. Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran kata, keterlampauan tindakan, ketersinggungan rasa sepanjang perhubungan bersama.Semoga Allah memberi kekuatan dan menggerakkan hati, akal dan tubuh kepada diri saya untuk memperbaiki segala kekhilafan yang telah dilakukan selama ini.
seLamat tinggaL Ramadhan, seLamat datang SyawaL..
seLamat Hari Raya AidiLfitri, Maaf Zahir & Batin..
kepada sesiapa yg mengenaLi ,
SK Lepar utara 8, Jerantut (1994-2000)
SMK PPPTR, Jerantut (2001)
SMK seri Jengka, Maran (2001-2004)
MRSM KuaLa Lipis (2004-2005)
UiTM Johor, Segamat (2006-2009)
UiTM Shah aLam (2009- ????)
salam syawaL ...
(MOHD HAFIFY RUSYDI BIN RAHIM)